Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Saturday, 1 October 2011

Pengurusan EBM

Salam...
mama xreti sgt psl EBM ne..
Actualy mama mmg xde buat stok pun before ne...
mama cuma buat stock skali je dlu psl nk tinggalkn Irfan kat umah opah dlm setengah hari gtu...
pastu mama akn pump bile nk g shopping psl yela kan kat tesco ke giant kan xde baby room...
so xkan la nk menyelak depan org ramai kan? hehe
jd nye tempoh penyimpanan susu tu xlama la kan...
mama xpernah pun terfikir nk buat stock sb pk xperlu kot psl xkeje so blh DF je kan...
tapi... smlm telah menyedarkn mama betapa mama perlu buat stock at least sikit pun utk kes2 emergency..
smlm mama headache yg teruk sgt so suh hubby belikan ubat tahan sakit..
tp pharmacist tu bgtau mama xleh DF dlm mase 2-3 jam lepas mkn ubat tu takut effect kat baby...
so dia suggest b4 mkn ubat tu pump siap2...
tapi... dukacitanye dimaklumkn.. bile kite headache dan stress maka production susu pun sure la merudum..
bile pump ade la dpt beberapa titis je... mmg menangis tau psl dah la sakit kepala nk mkn ubat kene pastikan susu utk irfan dah siap di pump tp susu cume kuar beberapa titis je.. mau x stress dibuatnye!!
last2 xde la mkn ubat.. menanggung la sakit kepala..huhu..
so mama pun gugel n cari info dan ilmu tentang pengurusan EBM ne...
so meh kite sharing same2 ye.. klo ade sape2 yg ade info lebih share kat mama jugak ye..
sharing is caring :)

Jangkamasa penyimpanan EBM

*Didalam suhu bilik (19 - 26°C) tahan sehingga 4 jam
*Didalam cooler bag/box (kurang dari 4 °C) tahan sehingga 12-24 jam
*Didalam peti sejuk (kurang dari 4°C ) tahan sehingga 7 hari
*Didalam freezer (-18 hingga -20 °C ) tahan antara 3 hingga 6 bulan.


Cara menguruskan EBM



Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;
  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING:
  1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
  2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.
TIDAK BOLEH:
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
  • Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.
 Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer):
 EBM boleh diletakkn dibahagian peti sejuk bawah sehingga 5-7 hari kemudian boleh dipindahkn ke   bahagian freezer untuk memanjangkn tempohnye.

*Sumber dari : Mom's choice

Tuesday, 27 September 2011

1st time kuar berdua ngn Irfan

Salam...
waa lama xmenjenguk blog kesayangan hati neh...
daku membizi ya amat semenjak beranak kecil ne lagi...
mase tu cam cepat je berlalu.. bru je bgn pagi... dah mlm pun smp..
fuhhh bile mlm lak ade la 3-4 kali bgn psl dak kecik Irfan ne uweekkk nk ngempeng...

ari ne 1st time mama kuar ber2 dgn irfan tanpa ditemani oleh sesiapa....
mula2 cam risau gak... takut mase drive Irfan melalak sekuat hati ke kan..
Tapi Alhamdulillah Irfan behave je.. bile ekk ekkk sket mama trus sumbat pacifer then diam la dia...
mama bwk irfan pegi tesco cari brg dapur sket.. kat Tesco pun Irfan behave je..
cuma biasala nagis bile nk susu la..
bile sumbat EBM diam la dia...

oleh kerana Irfan behave je bile kuar.. nnt len kali kite leh jln lg yer : )

::smp lena la Irfan dlm kete.. sejuk kan.. psl tu la lena..hehe::

::bekal Irfan.. slalu pump plg byk pun dpt la 2oz lebih sket je.. tp td pump dpt smp 4oz sb sambil pump sambil bace info2 n experience mommies kat group kumpulan ibu menyusu... terapi minda yg sgt berkesan... Alhamdulillah::

*skrg lebih seronok psl jmp ramai blogger kat dlm fb... so lebih sng nk keep in touch n share info n experience psl BF dgn mommies sume... maklumlah dah ade anak kecik selalu je xsempat nk update blog ;p