Tuesday 27 December 2016

Resepi Jenahak Sweet Sour & Chili Crab

Assallamualaikum

Hari ne hari malas ahkak. 3 hari cuti bz dgn mcm2 aktiviti. Makanya ari ne walaupun hari selasa tp semacam monday blues dah rasa. Semua pun malas nk buat šŸ˜†

Buka peti ais dok menung tgk ape lah yg nak dimasak. Dilema yg selalu membelenggu Dapur Officer mcm iols ne šŸ˜†

Tgk ada ikan jenahak yg mak bg sabtu ari tu. Pastu ade balance lg ketam yg dah di steam ade 3 ekor. Okay dpt idea kita masak jenahak sweet sour & ketam bercili. Ade yg nak resepi ke? šŸ˜†
I jenis masak main campak2 aje main agak2 je la ye ukurannya. Tapi blh la kita share sama2 ye šŸ˜Š


Resepi Jenahak Sweet Sour
By: #dapurmysara

Bahan:
Seekor ikan jenahak size sederhana
Sebiji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dihiris
Sebiji cili merah dihiris
2 sdb sos tiram
4 sdb sos cili
Sedikit timun, carrot dan tomato dipotong dadu.
Kalau ada nenas pun blh letak lg sedap. Tp my xde nenas. So xletak.
Sedikit perahan limau
Gula
Garam
Air

Caranya:
1. Gaul ikan dgn garam kunyit dan goreng sehingga masak. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili, masukkn juga sedikit air. Kacau hingga sebati dan masak.
4. Masukkan timun, carrot dan tomato.
5. Masukkan gula, garam dan perahan limau. Biar ada lebih rasa manisnya.
6. Kacau sehingga masak dan jirus atas ikan yg digoreng td. 
Siap utk dihidang.

Resepi Chili Crab
By: #dapurmysara

Bahan:
3 ekor ketam yg telah dikukus.
2 biji bawang besar *
6 ulas bawang putih*
Seinci halia*
Bahan bertanda * dikisar bersama.
Sebatang serai dititik
Cili kisar 3 sudu (kalau suka pedas blh letak lebih)
4 sdb Sos Cili
2 sdb Sos Tiram
Sedikit perahan limau
Garam
Gula

Caranya:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau kemudian masukkn cili kisar. Masak sehingga naik minyak.
2. Masukkn serai, sos cili dan sos tiram.
3. Masukkn sedikit air, garam gula dan perahan limau dan kacau sehingga masak sebati.
4. Masukkn ketam dan gaul sehingga sebati. Lepas gaul my tutup kuali dgn penutup bagi aroma ketam dan bahan tumis tu bersatu.
5. Biarkan dlm 10 minit dan siap utk dihidang.

Tips:

Okay i nak share 1 tips bila kita beli ketam fresh. Bila beli ketam banyak dan nak simpan buat stock. Balik rmh jgn masuk peti ais terus tapi sebaliknya kukuslah ketam2 tu dlu. Lps tu masukkan dlm bekas kedap udara dan simpan dalm peti ais. Bila masak nk masak esok2 blh ambil dan guna trus. Cara ne dpt mengekalkan kesedapan isi ketam tu. Isi ketam tu akan maintain berketul mcm ketam baru masak. Kalau kita simpan trus dalam peti ais nnt isi ketam tu akan mendak dan rasanya dah kurang sedap. Mcm ketam lama walaupun nasa kita beli tu ketam tu dok hidup lg. Kalau beli ketam then trus nk masak xpayah lah kukus dlu. Masak je trus. Tips ne i dpt daripada chef dekat langkawi dlu. 
I mmg gunakan cara ne bila beli ketam banyak. So uols blh la cuba ye šŸ˜Š
Sharing is caring gitew šŸ˜†
Sekian resepi ari ne. Esok2 kalau rajin I share resepi lain pulak ye.
Muahh šŸ˜˜

Love,
Mysara


No comments:

Post a Comment